Thursday, 8 October 2015

Kesan Vape


Article Date: 13 September 2015

"Bahaya Nikotin Dalam Vapor" 



Sehingga hari ini penggunaar rokok eletrtrik atau rokok elektronik yang dikenali sebagai e-cigarrate dan vape masih lagi tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Akan tetapi, penggunaan dan jualan alat ini berlaku secara terbuka dan jumlahnya semakin meningkat.

Konsep asal rokok elektronik ini ialah penghasilan asap yang merupakan wap yang diubah dari bentuk cecair yang terkandung dalam unit tersebut. Ianya sama seperti konsep pemberian nebulizer kepada pesakit yang mendapat serangan asma.

Antara perkara yang menjadi kerisauan dalam penggunaan vape ini ialah kandungan nikotin yang tidak tetap dan juga tidak terkawal. Kajian juga mendapati label kandungan yang dilekatkan tidak sama dengan jumlah nikotin yang terdapat dalam cecair yang dibekalkan. Lebih merisaukan ialah, masih terdapat kandungan nikotin pada botol  cecair perasa yang dilabel sebagai ‘bebas’ nikotin.

Nikotin merupakan dadah yang merangsang saraf. Kandungannya dalam rokok biasa hanya 1-3 mg berbanding kandungan cecair yang digunakan rokok elektronik yang lebih tinggi dan tiada kawalan penggunaanya. Pengguna boleh menaikkan kadar nikotin bergantung kepda jenis cecair yang dibeli.

Nikotin member kesan negative kepada badan. Ini terutamanya kepada salur darah dan juga jantung manusia. Oleh kerana ianya bersifat perangsang, ianya akan menyebabkan tekanan darah meningkat yang seterusnya menyebabkan darah tinggi terjadi. Selain itu, ianya juga merangsan denyutan jantung menjadi laju dan akhirnya menyebabkan lemah jantung terjadi.

Tempat utama rangsangan nikotin ini adalah pada saraf otak. Ia menyebabkan seseorang itu menjadi lebih ketagih untuk menggunakan vape tersebut. Ini bertentangan tujuan asal untuk berhenti merokok dan berubah kepada vape. Lebih tinggi dos nikotin diambil, lebih tinggi tahap ketagihan. Selain itu mereka juga akan berhalusinasi, menjadi hayal, sakit kepala, pening dan juga mudah marah, selain perasaan yang menjadi tidak menentu.

Nikotin yang meresap dalam darah juga menyebabkan saluran darah menjadi tersumbat kerana ianya meningkatkan kebarangkalian untuk darah menjadi beku dan termendak dalam salur darah. Kesan sampingan juga berlaku kepada paru-paru dan juga saluran pencernaan.

Bagi mereka yang sedang mengandung, nikotin yang meresap dalam salur darah boleh merosakkan janin dan seterusnya janin menjadi tidak sempurna. Ianya akan mengakibatkan keguguran berlaku atau kematian seawal kelahiran atau kecacatan bayi.

Selain dari nikotin, bahan kimia yang digunakan sebagai perasa dalam penggunaan vape ini juga masih lagi tidak dapat dibuktikan selamat. Pengguna yang menyedut wap yang terhasil dari pembakaran cecair tersebut menyebabkan wap tersebut mungkin bertakung atau terkumpul dalam peparu yang kesan jangka masa panjangnya masih lagi tidak diketahui. Yang merisaukan jika ianya berpotensi menyebabkan kanser peparu.   
 
 

No comments:

Post a Comment