Tarikh article: 25hb Sept 2016
Pneumonia ini boleh disebabkan oleh virus ataupun bakteria. Antara bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru ini ialah Mycoplasma. Sejenis bakteria yang disebarkan melalui titisan udara. Contohnya apabila seseoarang itu batuk dan terbersin. Ianya berlaku terutamanya kanak-kanak dalam peringkat sekolah rendah.
Bakteria ini boleh berada di dalam peparu pesakit untuk beberapa hari sebelum simptom ketara. Pada awalnya pesakit akan mengalami demam selsema biasa. Ini terutamanya demam dan juga batuk. Batuk pada awalnya tidak menghasilkan kahak. Akan tetapi kahak akan terhasil dan mula bewarna kekuningan atau kehijauan.Jika dibiarkan demam akan semakin memuncak. Pesakit adakalanya akan menggigil kesejukan. Kanak-kanak yang dijangkiti ada kalanya akan mengadu sakit kepala dan sendi. Selera makan juga berkurangan. Lebih merisaukan jika pesakit mula bernafas dengan kencang dan sesak nafas boleh berlaku.
Untuk mengesahkan seseorang itu dijangkiti pneumonia atau tidak, pemeriksaan klnikal boleh membantu. Pemeriksaan suhu badan, auskultasi pada peparu dan juga kadar pernafsan seminit dapat memberi gambaran seseorang itu dijangkiti.
Ujian sinaran X-ray dada dapat mengesahkan terdapatnya jangkitan pada paru-paru pesakit. Untuk mengesahkan seseorang dijangkiti mycoplasma ataupun tidak, ujian darah perlu dilakukan. Ini amatlah penting untuk memastikan rawatan seperti antibiotik yang sesuai dapat diberikan.
Rawatan antibiotik biasanya diberikan dalam bentuk suntikan, ini dapat mengawal jangkitan mycoplasma tersebut dengan lebih berkesan. Akan tetapi, jika keadaan pesakit stabil, pesakit boleh dibenarkan pulang dengan bekalan antibiotik dalam bentuk cecair atau pil. Pesakit tidak perlu di rawat di dalam hospital.
Rawatan untuk Mycoplasma ini hendaklah dimulakan dengan segera untuk mengelakkan komplikasi pada tisu badan lain seperti kulit, otak, sendi dan juga darah merah. Secara umumnya, jangkitan paru-paru oerlu dirawat pada peringkat awal kerana ianya boleh menyebabkan kematian.
No comments:
Post a Comment