Thursday, 27 July 2017

Anorexia Nervosa

Anorexia






Salah satu masalah psikologi yang sedang meningkat naik bilangan kes ialah anorexia nervosa atau anoreksia. Keadaan dimana seseorang pesakit itu mempunyai masalah permakanan akibat dari  merasakan diri mereka gemuk walhal berat badan mereka dibawah paras berat badan ideal.
Anoreksia bukanlah masalah di Malaysia sahaja, malahan secara globalnya melibatkan hampir 2.5 juta pesakit mengalami masalah ini. Ianya lebih kerap terjadi pada wanita berbanding lelaki. Pesakit anoreksia ini mula mendapat penyaki ini seawal usia remaja.
Tiada punca utama yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah untuk makan. Akan tetapi, anoreksia ini ada juga yang berkaitan dengan masalah genetik atau keturunan. Ianya juga ada kaitan dengan masalah psikologi yang lain seperti tekanan, kemurungan, fobia pada makanan dan beberapa sebab psikologi yang lain. Kesan terpengaruh dengan budaya sosial dengan melihat model-model dan juga pelakon yang kacak dan jelita, menjadikan mereka mengganggap kurus itu lebih baik.
Tanda awal pesakit anoreksia ialah kecenderungan mereka untuk kekal kurus dengan tidak mahu makan, memuntahkan semula makanan yang dimakan ataupun menggunakan ubat untuk mencairkan najis supaya ianya tidak dapat dihadam oleh badan. Mereka juga sering menimbang berat badan dan terlalu berhati-hati mengira kalori yang dimakan.
Akibat dari tindakan tersebut, simptom lain pula mula terjadi rentetan dari permakanan yang tidak seimbang. Kulit menjadi kering, keletihan, mulut berbau, pening, pitam, kitaran haid tidak menentu, jantung menjadi pantas atau boleh juga degupan menjadi perlahan. Masalah psikologi seperti kemurungan, cuak dan juga sukar tidur malam juga boleh berlaku.
Anoreksia ini boleh memberi kesan jangkamasa panjang. Disebabkan oleh kebanyakan pesakit mula mempunyai anoreksia pada usia remaja, ianya boleh menyebabkan gangguan kepada pertumbuhan pedakit. Pertumbuhan tulang akan terbantut. Gangguan pada usus dan organ dalaman juga berlaku. Selain dari pembentukan fizikal, ianya akan mengganggu pembentukan seksual pesakit. Bagi wanita, melibatkan pembentukan buah dada dan juga organ peranakan.
Pesakit anoreksia juga akan mengalami gangguan hotmon dan juga malnutrisi yang melampau. Usus terganggu menjadikan mereka sembelit dan kekurangan vitamin. Jantung juga boleh mengalami masalah sperti degupan tidak stabil, nadi menjadi lemah dan juga tekanan darah menjadi rendah dan seterusnya mengakibatkan kematian mengejut pada usia muda.
Tiada rawatan mudah untuk anoreksia ini, ianya memerlukan kombinasi rawatan psikologi, ubatan dan juga sokongan sosial dari keluarga dan juga rakan terdekat. Sesi kaunseling dan juga penjagaan diet dengan pakar nutrisi amatlah penting untuk memastikan pesakit tidak mengalami komplikasi-komplikasi jangka masa panjang yang tidak diingini.



Thursday, 1 June 2017

Pelvic Inflammatory Disease (PID) atau Jangkitan Pelvis


Antara punca yang boleh menyebabkan demam berpanjangan dan tidak diketahui punca bersama dengan sakit perut bagi wanita ialah jangkitan pelvis atau PID (pelvic inflammatory disease). Jangkitan ini mengambil masa untuk terbentuk sebelum ianya menunjukkan tanda-tanda atau simptom mahupun dari pemeriksaan klinikal.
Jangkitan pelvis atau PID ini biasanya bermula dari jangkitan pada bahagian kemaluan wanita, kuman bergerak ke atas dan mendiami kawasan lain seperti rahim, tiub fallopian atau ovari.Kebiasaannya, ianya disebabkan oleh jangkitan bakteria iaitu Gonorrhea atau Chlamydia dimana ianya merupakan jangkitan dari hubungan kelamin.
Dalam kebanyakan kes, PID ini tidak mempunyai simptom. 
Sakit pada bahagian ari-ari dan demam yang berpanjangan merupakan simptom yang sering berlaku. Selain itu, pesakit yang mengalami masalah PID ini juga boleh mengalami pedih ketika membuang air kecil, sakit ketika bersama dengan pasangan dan juga kitaran haid yang tidak teratur. Darah atau keputihan yang luar biasa dari kemaluan juga boleh berlaku.
Jangkitan PID ini boleh diramalkan melalui pemeriksaan klinikal. Akan tetapi, terdapat pelbagai lagi masalah wanita yang mempunyai simptom yang hampir sama dan menjadikan ianya susah disahkan melalui pemeriksaan klinikal sahaja. Beberapa ujian perlu dijalankan untuk mengesahkan ianya adalah PID. 
Ujian darah dapat membantu untuk mengenal pasti terdapatnya jangkitan kuman. Akan tetapi ujian ultrasonografi, CT scan (computed tomografi) ataupun MRI (magnetic resonance imaging) dapat memberikan gambaran yang jelas lokasi PID tersebut. Akan tetapi adakalnya gambaran yang kelihatan juga boleh juga disebabkan oleh masalah wanita yang lain seperti sista pada kilang ovari atau kandungan luar rahim. 
Untuk pengesahan yang lebih jelas, prosedur dipanngil laporoskopik perlu dilakukan. Prosedur ini ialah dimana kamera dimasukkan melalui lapisan otot abdomen. Kamera yang dimasukkan bersama dengan instrumen lain dapat membantu kawasan rongga pelvis pesakit dengan jelas dan PID tersebut dapat dikenal pasti. 
Selain itu, semasa prosedur ini dilakukan, bahagian tersebut dapat dipotong dan dikeluarkan. Tisu tersebut akan dihantar ke makmal untuk ujian lanjut. Ketika prosedur tersebut juga, tisu-tisu yang terdapat pada organ pembiakan wanita akan diperiksa dan manipulasi atau pembedahan kecil akan dilakukan pada yang sama jika perlu.
Rawatan untuk PID ini ialah dengan pemberian antibiotik. Ianya diberikan samada secara makan ataupun suntikan bergantung kepada saiz dan juga keadaan jangkitan semasa ianya dikenal pasti. Prosedur laporoskopik tersebut juga akan dibincangkan dengan lanjut bersama pakar yang merawat. Rawatan juga bukan hanya kepada pesakit, malahan pasangan juga perlu di rawat untuk mengelakkan PID berulang.
Jika dibiarkan, PID ini boleh menyebabkan beberapa komplikasi yang tidak diiingini. Ianya boleh menyebabkan saluran pembiakan wanita tersebut tersumbat seterusnya mengakibatkan ketidaksuburan. PID juga boleh menyebabkan kandungan luar rahim berlaku pada kawasan yang dijangkiti. Jangkitan ini juga boleh merebak dan menyebabkan jangkitan rongga abdomen seterusnya mengakibatkan pesakit tidak stabil dan berisiko kematian.
Yang utama ialah dengan mengelakkan dari PID ini terjadi sama sekali. Setia pada 1 pasangan amatlah penting. Semakin banyak pasangan, semakin tinggi kemungkinan PID boleh berlaku. Penggunaan kondom juga dapat membantu mengurangkan risiko jangkutan tersebut.

Sunday, 30 April 2017

Bahaya Suntikan Vitamin C

Article Date 30th April



Tindakan kementerian kesihatan mengharamkan pusat kecantikan memberikan suntikan vitamin C dan juga suntikan-suntikan lain kepada pelanggam mereka amatlah bertepatan. Pemberian perkhidmatan suntikan oleh golongan yang bukan didalam profesion mereka boleh mengundang padah kepada pengguna.
Kehendak pengguna yang menginginkan kulit menjadi putih dan gebu dalam masa yang singkat menyebabkan suntikan-suntikan tersebut menjadi semakin menular. Terutamanya cecair-cecair yang dibeli tersebut dengan harga yang murah dari pengilang yang tidak diketahui mempunyai kelulusan  yang sah. 
Pengguna-pengguna tersebut tidak diberikan penjelasan dari sudut profession seorang doktor mengenai kesan sampingan dan juga faedah yang perlu dijelaskan dengan lanjut sebelum sesuatu rawatan diberikan. Mana-mana produk bahan kimia yang diberikan melalui suntikan perlu mempunyai kertas keterangan lanjut mengenai produk mereka. Dos yang boleh diberikan, kesan sampingan dan sebagainya perlu dijelaskan di dalam lampiran produk.
Setiap bahan kimia yang disuntik kedalam salur darah akan memasuki pembuluh darah dan dibawa ke jantung. Dari jantung ianya akan dipam ke selurh bahagian badan termasuklah organ penting seperti buah pinggang, hati dan juga otak. Fungsi buah pinggang dan juga hati adalah sebagai penapis bahan kimia yang memasuki badan.
Jika dos yang diambil melebihi paras merbahaya, kesan jangka masa panjang tidak dapat dielakkan. Ianya boleh menyebabkan buah pinggang dan juga hati menjadi rosak dan gagal berfungsi. Kegagalan buah pinggang dan hati adalah sesuatu yang tidak boleh diperbetulkan dan tiada rawatan khas untuk itu. Seterusnya menyebabkan toksik dalam badan berkumpul dan memudaratkan organ lain.
Simptom pengumpulan toksik dalam badan dan juga rosak buah pinggang dan hati ialah seperti bengkak kaki, tangan dan juga perut menjadi kembang dan buncit. Kulit pesakit boleh menjadi kuning, bersisik dan juga gatal seluruh bahagian badan. Pesakit juga sukar membuang air kencing ataupun air kencing berkurangan.
Lebih merisaukan ianya boleh menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas, sakit dada dan akhirnya koma akibat gangguan fungsi otak disebabkan oleh pengumpulan toksik yang tinggi. Jika lewat mendapat rawatan, kematian mungkin berlaku.
Untuk memastikan keadaan buah pinggang dan hati adalah terkawal, ujian darah boleh dilakukan. Seterusnya ujian ultrasound dapat melihat saiz hati dan juga buah pinggan samada ianya masih normal, bengkak ataupun sudah mengecut. Melalui ujian darah tersebut, jika buah pinggang gagal berfungsi pesakit mungkin perlu menjalani rawatan dialisis. Lebih menyedihkan jika pesakit akan terus bergantung kepada rawatan dialisis sepanjang hayat. 3 kali seminggu dan 4 jam setiap kali dialisis dilakukan.
Sebelum masalah-masalah yang tidak diingini berlaku, pengguna hendaklah bertindak bijak dalam menentukan masa depan kesihatan dan juga keluarga. Bagi mereka yang menjual produk-produk cecair suntikan ini, perlulah ada rasa bertanggubgjawab atas kesihatan individu lain. Rujuklah kepada doktor tentang produk yang diberikan dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata. Bagi jururawat yang mengambil upah di pusat kecantikan, sebagai golongan professional, anda hendaklah bersikap professional dalam menjalankan tugas bukan hanya mendapat imbuhan atas suntikan yang dilakukan.

Saturday, 28 January 2017

Leptospirosis atau kencing tikus

Terdapat beberapa kes jangkitan yang di panggil Leptospirosisatau kencing tikus telah dikenal pasti akhir-akhir ini. Simptomjangkitan kuman yang disebabkan oleh spesis bacteria Leptospira ini hamper sama dengan demam virus biasamenyebabkan ianya susah dikenalpasti dengan pemeriksaanklinikal biasa.

Kuman Leptospirosis ini menjangkiti manusia dari haiwanperumah uatama iaitu rodensia atau katogeri tikus. Akantetapiterdapat haiwan lain kumpulan mamalia yang bolehjuga menjadi perumah seperti anjingmusangarnab danbeberapa haiwan mamalia lain. Haiwan yang dijangkiti kumanini akan menjangkiti manusia dengan air kencing mereka yang kaya dengan kuman Leptospira ini.

Kuman tersebut masuk kedalam manusia melalui lapisanmukosa seperti rongga mulutmata dan hidung. Biasanyaberlaku apabila manusia terminum atau mambasuh mukamenggunakan air yang tercemar dengan kuman ini. Kuman initidak menjangkit dari manusia ke manusia lain. Ianya akanberada di dalam badan sehingga 2 minggu sebelum simptombermula

Simptom untuk Leptospirosis ini amat sukar dibezakandengan demam selsema biasa mahupun denggi. Pesakitbiasanya mengalami demam panas untuk beberapa haridisertai dengan sakit kepalasakit sendisakit uratkurangselera makanmuntah dan ruam. Yang paling merisaukanapabila pesakit datang dengan simptom akibat komplikasikegagalan buah pingganghatijangkitan selaput otak ataupunpeparu berdarah.

Kegagalan buah pinggang menyebabkan pesakit mengalamisesak nafas, kaki bengkak dan jumlah air kencingberkuranganJika jangkitan merebak ke hatipesakit akanmengalami kekuningan selain simptom yang hamper samadengan kegagalan buah pinggangSakit kepalatengkokterlalu sensitive pada cahaya dan sawan antara simptomjangkitan selaput otak. Apabila organ peparu terkenajangkitan inipesakit akan mengalami batuk berdarah.

Adalah amat penting untuk mengenal pasti jangkitan ini padaperingkat awal untuk mengelakkan kegagalan organ badanuntuk berfungsi jika jangkitan dibiarkan merebak di dalambadan. Ujian saringan darah perlu dijalankan jika demam andaberterusan. Terdapat ujian darah khas untuk mengenalpastipenyakit Leptospirosis ini.

Jika jangkitan telah disahkanpemberian antibiotic melaluisuntikan adalah anatara langkah terbaik untuk mengurangkanrisiko komplikasi jangkitan bacteria ini. Kemasukan ke wad juga perlu untuk memantau fungsi organ-organ badan supayatidak mengalami kegagalanAkan tetapijangkitan ini jugaboleh dirawat sebagai pesakit luar dengan syarat pesakit perlumemerhatikan simptom-simptom komplikasi dan datangberjumpa doktor untuk rawatan berkala untuk memantau danmemastikan organ dalam badan berfungsi dengan baik.

Aktiviti-aktiviti di dalam hutanrekreasilawatan ke pusatperlindungan haiwan atau zoo dan juga kedai haiwanmempunyai risko kepada jangkitan ini. Akan tetapilangkahdan perlindungan seperti imunisasi kepada Leptospirosissepatutnya telah diberikan kepada haiwan yang berisikosebagai perumah. Elakkan dari minum air yang tidak dimasaksempurna terutama kepada mereka yang gemar aktivitiberkhemah. Selain dari itupastikan rumah masing-masingbebas dari rodensia untuk mengelakkan jangkitan. Jabatan danmajlis perbandaran juga perlu membantu untuk membendungmasalah Leptospirosis dengan memastikan kawasan merekabersih dan bebas dari perumah seperti rodensia. Bagi individuyang membela haiwan seperti anjingmusang dan arnabsiladapatkan immunisasi dan berjuma dengan doktor haiwan.