Dr Hanafiah Bashirun
Thursday, 27 July 2017
Anorexia Nervosa
Thursday, 1 June 2017
Pelvic Inflammatory Disease (PID) atau Jangkitan Pelvis
Sunday, 30 April 2017
Bahaya Suntikan Vitamin C
Saturday, 28 January 2017
Leptospirosis atau kencing tikus
Terdapat beberapa kes jangkitan yang di panggil Leptospirosisatau kencing tikus telah dikenal pasti akhir-akhir ini. Simptomjangkitan kuman yang disebabkan oleh spesis bacteria Leptospira ini hamper sama dengan demam virus biasamenyebabkan ianya susah dikenalpasti dengan pemeriksaanklinikal biasa.
Kuman Leptospirosis ini menjangkiti manusia dari haiwanperumah uatama iaitu rodensia atau katogeri tikus. Akantetapi, terdapat haiwan lain kumpulan mamalia yang bolehjuga menjadi perumah seperti anjing, musang, arnab danbeberapa haiwan mamalia lain. Haiwan yang dijangkiti kumanini akan menjangkiti manusia dengan air kencing mereka yang kaya dengan kuman Leptospira ini.
Kuman tersebut masuk kedalam manusia melalui lapisanmukosa seperti rongga mulut, mata dan hidung. Biasanyaberlaku apabila manusia terminum atau mambasuh mukamenggunakan air yang tercemar dengan kuman ini. Kuman initidak menjangkit dari manusia ke manusia lain. Ianya akanberada di dalam badan sehingga 2 minggu sebelum simptombermula
Simptom untuk Leptospirosis ini amat sukar dibezakandengan demam selsema biasa mahupun denggi. Pesakitbiasanya mengalami demam panas untuk beberapa hari, disertai dengan sakit kepala, sakit sendi, sakit urat, kurangselera makan, muntah dan ruam. Yang paling merisaukanapabila pesakit datang dengan simptom akibat komplikasikegagalan buah pinggang, hati, jangkitan selaput otak ataupunpeparu berdarah.
Kegagalan buah pinggang menyebabkan pesakit mengalamisesak nafas, kaki bengkak dan jumlah air kencingberkurangan. Jika jangkitan merebak ke hati, pesakit akanmengalami kekuningan selain simptom yang hamper samadengan kegagalan buah pinggang. Sakit kepala, tengkok, terlalu sensitive pada cahaya dan sawan antara simptomjangkitan selaput otak. Apabila organ peparu terkenajangkitan ini, pesakit akan mengalami batuk berdarah.
Adalah amat penting untuk mengenal pasti jangkitan ini padaperingkat awal untuk mengelakkan kegagalan organ badanuntuk berfungsi jika jangkitan dibiarkan merebak di dalambadan. Ujian saringan darah perlu dijalankan jika demam andaberterusan. Terdapat ujian darah khas untuk mengenalpastipenyakit Leptospirosis ini.
Jika jangkitan telah disahkan, pemberian antibiotic melaluisuntikan adalah anatara langkah terbaik untuk mengurangkanrisiko komplikasi jangkitan bacteria ini. Kemasukan ke wad juga perlu untuk memantau fungsi organ-organ badan supayatidak mengalami kegagalan. Akan tetapi, jangkitan ini jugaboleh dirawat sebagai pesakit luar dengan syarat pesakit perlumemerhatikan simptom-simptom komplikasi dan datangberjumpa doktor untuk rawatan berkala untuk memantau danmemastikan organ dalam badan berfungsi dengan baik.
Aktiviti-aktiviti di dalam hutan, rekreasi, lawatan ke pusatperlindungan haiwan atau zoo dan juga kedai haiwanmempunyai risko kepada jangkitan ini. Akan tetapi, langkahdan perlindungan seperti imunisasi kepada Leptospirosissepatutnya telah diberikan kepada haiwan yang berisikosebagai perumah. Elakkan dari minum air yang tidak dimasaksempurna terutama kepada mereka yang gemar aktivitiberkhemah. Selain dari itu, pastikan rumah masing-masingbebas dari rodensia untuk mengelakkan jangkitan. Jabatan danmajlis perbandaran juga perlu membantu untuk membendungmasalah Leptospirosis dengan memastikan kawasan merekabersih dan bebas dari perumah seperti rodensia. Bagi individuyang membela haiwan seperti anjing, musang dan arnab, siladapatkan immunisasi dan berjuma dengan doktor haiwan.