Article Date:- 15 Dicember 2013
Sakit belakang badan terutamanya pada bahagian tengkok atau
dibahagian pinggang adalah perkara biasa, terutamanya pada individu yang aktif
dan sibuk bekerja. Akan tetapi, ada juga masalah sakit tersebut yang disebabkan
oleh masalah yang serius dan memjika erlukan rawatan lanjut dan berkemungkinan
pembedahan.
Tulang belakang manusia bukanlah merupakan tulang yang
berterusan memanjang dari leher ke pinggang, akan tetapi ianya terdiri dari
tulang-tulang berbentuk kiub. Tulang-tulang ini disusun bertingkat antara satu
sama lain dan terdapat cakera lembut diantara tulan-tulang tersebut yang
bertujuan untuk menyerap tekanan antara tulang atas dan tulang dibawahnya. Di
bahagian belakang tulang belakang ini pul;a terletaknya saraf tunjang manusia.
Cakera ini melekat kuat pada tulang belakang. Ianya dipegang
oleh ligament pada tulang belakang supaya kekal pada kedudukannya. Akan tetapi,
ianya boleh ‘bergerak’ atau terbonjol ke belakang dalam keadaan tertentu dan seterusnya boleh
menyebabkan saraf tunjang terhimpit dan mengakibatkan komplikasi yang tidak
diingini. Keadaan ini biasanya dipanggil ‘slipped
disc’ .
Keadaan slipped disc ini berlaku terutamanya pada usia
30-40an. Ianya terutamanya melibatkan lelaki. Kebanyakan kes berlaku pada
tulang belakang pada bahagian pinggang, selebihnya boleh berlaku pada bahagian
tengkuk.
Simptom awal masalah ini ialah sakit belakang yang biasanya
dirawat sebagai sakit urat. Akan tetapi, sakit ini berterusan dan menjadi lebih
teruk walaupun ubat tahan sakit telah diambil. Jika cakera ini tergelincir atau
terbonjol jauh kebelakang, ianya akan menyebabkan saraf tunjang terganggu.
Simptom seperti kebas pada anggota tangan atau kaki berlaku. Cetusan rasa
sperti renjatan elektrik boleh berlaku.
Lebih teruk lagi, cakera ini boleh terus menghimpit saraf
tunjang dan boleh menyebabkan komplikasi seperti lumpuh, tidak berjaya mengawal
pundi kencing , gagal mengawal saluran dubur dan boleh menyebabkan mati pucuk
bagi lelaki.
Pemeriksaan klinikal diklinik atau dibilik rawatan boleh
menentukan kemengkinan besar seseorang pesakit itu mengalami slipped disc atau
tidak. Ujian x-ray biasanya tidak dapat mengesahkan masalah ini keranma x-ray
hanya dapat melihat tulang sahaja dan bukannya cakera tersebut. Oleh itu, ujian
terbaik ialah dengan melakukan MRI (magnetic resonance imaging) pada bahagian
tertentu tulang belakang. Melalui ujian ini, cakera yang terbonjol dapat
dilihat dan pakar boleh mengenalpasti sejauh mana saraf pesakit telah terhimpit
oleh cakera itu.
Rawatan bagi pesakit yang mengalami slipped disc ini
bergantung kepada simptom dan komplikasi pada saraf tunjang pesakit. Hampir 80%
pesakit tidak perlukan pembedahan. Ubat tahan sakit, korset tulang belakang dan
fisioterapi merupakan rawatan awal. Suntikan pada lokasi berlakunya masalah
tersebut boleh diberikan jika sakit tidak terkawal. Jika komplikasi pada saraf
telah berlaku, maka pembedahan tidak dapat dielakkan.
Selain rawatan, penjagaan mekanik badan amatlah penting. Ini
untuk mengelakkan cakera tersebut terbonjol lebih jauh dan mengakibatkan cacat
kekal berlaku. Pesakit juga perlu mengurangkan tekanan kepada bahagian tulang
belakang dengan mengurangkan mengangkat benda berat dan mengurangkan aktiviti
lasak. Terdapat senaman khas yang boleh dilakukan oleh pesakit bagi membantu
mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko komplikasi.