Sunday, 8 November 2015

Slipped Disc


Article Date:- 15 Dicember 2013




Sakit belakang badan terutamanya pada bahagian tengkok atau dibahagian pinggang adalah perkara biasa, terutamanya pada individu yang aktif dan sibuk bekerja. Akan tetapi, ada juga masalah sakit tersebut yang disebabkan oleh masalah yang serius dan memjika erlukan rawatan lanjut dan berkemungkinan pembedahan.
Tulang belakang manusia bukanlah merupakan tulang yang berterusan memanjang dari leher ke pinggang, akan tetapi ianya terdiri dari tulang-tulang berbentuk kiub. Tulang-tulang ini disusun bertingkat antara satu sama lain dan terdapat cakera lembut diantara tulan-tulang tersebut yang bertujuan untuk menyerap tekanan antara tulang atas dan tulang dibawahnya. Di bahagian belakang tulang belakang ini pul;a terletaknya saraf tunjang manusia.
Cakera ini melekat kuat pada tulang belakang. Ianya dipegang oleh ligament pada tulang belakang supaya kekal pada kedudukannya. Akan tetapi, ianya boleh ‘bergerak’ atau terbonjol ke belakang  dalam keadaan tertentu dan seterusnya boleh menyebabkan saraf tunjang terhimpit dan mengakibatkan komplikasi yang tidak diingini. Keadaan ini biasanya dipanggil ‘slipped disc’ .
Keadaan slipped disc ini berlaku terutamanya pada usia 30-40an. Ianya terutamanya melibatkan lelaki. Kebanyakan kes berlaku pada tulang belakang pada bahagian pinggang, selebihnya boleh berlaku pada bahagian tengkuk.   
Simptom awal masalah ini ialah sakit belakang yang biasanya dirawat sebagai sakit urat. Akan tetapi, sakit ini berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun ubat tahan sakit telah diambil. Jika cakera ini tergelincir atau terbonjol jauh kebelakang, ianya akan menyebabkan saraf tunjang terganggu. Simptom seperti kebas pada anggota tangan atau kaki berlaku. Cetusan rasa sperti renjatan elektrik boleh berlaku.
Lebih teruk lagi, cakera ini boleh terus menghimpit saraf tunjang dan boleh menyebabkan komplikasi seperti lumpuh, tidak berjaya mengawal pundi kencing , gagal mengawal saluran dubur dan boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki. 
Pemeriksaan klinikal diklinik atau dibilik rawatan boleh menentukan kemengkinan besar seseorang pesakit itu mengalami slipped disc atau tidak. Ujian x-ray biasanya tidak dapat mengesahkan masalah ini keranma x-ray hanya dapat melihat tulang sahaja dan bukannya cakera tersebut. Oleh itu, ujian terbaik ialah dengan melakukan MRI (magnetic resonance imaging) pada bahagian tertentu tulang belakang. Melalui ujian ini, cakera yang terbonjol dapat dilihat dan pakar boleh mengenalpasti sejauh mana saraf pesakit telah terhimpit oleh cakera itu.
Rawatan bagi pesakit yang mengalami slipped disc ini bergantung kepada simptom dan komplikasi pada saraf tunjang pesakit. Hampir 80% pesakit tidak perlukan pembedahan. Ubat tahan sakit, korset tulang belakang dan fisioterapi merupakan rawatan awal. Suntikan pada lokasi berlakunya masalah tersebut boleh diberikan jika sakit tidak terkawal. Jika komplikasi pada saraf telah berlaku, maka pembedahan tidak dapat dielakkan.
Selain rawatan, penjagaan mekanik badan amatlah penting. Ini untuk mengelakkan cakera tersebut terbonjol lebih jauh dan mengakibatkan cacat kekal berlaku. Pesakit juga perlu mengurangkan tekanan kepada bahagian tulang belakang dengan mengurangkan mengangkat benda berat dan mengurangkan aktiviti lasak. Terdapat senaman khas yang boleh dilakukan oleh pesakit bagi membantu mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko komplikasi.

No comments:

Post a Comment