Akhir-akhir
ini terdapat peningkatan kes pesakit kanak-kanak yang datang berjumpa doktor
disebabkan oleh muntah dan cirit-birit. Cirit birit yang disebabkan oleh
jangkitan kuman lain biasanya tidak lama dan tidak seteruk jangkitan yang disebabkan
oleh Rotavirus. Virus ini adalah
penyumbang paling banyak kematian kanak-kanak seluruh dunia yang menghidapi
cirit-birit . Ianya menjangkiti individu lain melalui najis ke mulut. Contohnya
permukaan atau tangan individu yang dicemari najis mengandungi virus tersebut
dan individu tadi memegang kanak-kanak lain.
Berbeza
dengan jangkitan usus biasa, simptom lain jangkitan Rotaviral ialah demam
selain cirit-birit dan muntah. Jangkitan kuman biasa jarang disertai dengan
demam. Cirit birit juga berlaku dengan lebih kerap berbanding jangkitan biasa
dan berterusan 3 ke 4 hari lamanya. Jangkitan ini dapat disahkan dengan
pengambilan sampel najis kanak-kanak yang dijangkiti.
Kekerapan
cirit birit beserta demam mengakibatkan berlaku dehydrasi yang teruk disebabkan
kehilangan cecair badan yang banyak
beserta dengan kurangnya selera makan oleh kanak-kanak tersebut.
Dehydrasi yang teruk inilah yang mengakibatkan kematian kanak-kanak terutamanya
di bawah umur 5 tahun
Rawatan
utama untuk jangkitan Rotavirus ini adalah sama dengan mana-mana jangkitan usus
yang lain, iaiutu dengan memberi cecair intravena untuk menggantikan cecair
badan yang hilang disebabkan dehydrasi yang teruk. Oleh itu, disarankan kepada
ibubapa segera membawa anak anda jika ,mendapati muntah dan cirit-birit semakin
teruk selepas ke klinik dan juga selera makan dan minum anak anda berkurangan.
Rawatan segera penting untuk mengelakkan dehydrasi yang teruk dan dapat
mengurangkan risiko kematian akibat dehydrasi
Di Malaysia
juga sudah ada vaksin yang boleh diberikan kepada kanak-kanak untuk mengelakkan
terkena atau mengurangkan simptom jangkitan Rotavirus. Vaksin ini masih belum
diwajibkan, oleh itu ianya boleh didapati di klinik dan hospital swasta.
Pengambilan 2 dos vaksin ini diberikan seawall umur 2 bulan sehingga 2 tahun.
No comments:
Post a Comment