Tuesday, 20 October 2015

Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut, Hand Foot and Mouth Disease


Article date 23 june 2013



Penyakit tangan kaki dan mulut atau Hand Foot and Mouth Disesase (HFMD) biasa menjangkiti kanak-kanak terutamanya dibawah usia 7 tahun. Sama dengan demam virus yang lainnya, ianya tidak merbahaya dan mudah menjangkiti anatara kanak-kanak terutamnya yang tinggal di pusat jagaan dan tadika atau taska.
Kebiasaan penyakit ini disebabkan oleh jangkitan 2 virus utama iaitu virus Coxsackie A atau Enterovirus 71. Kuman ini merebak antara satu individu kepada individu lain melalui air liur, pernafasan atau najis yang tercemar dengan virus ini. Cara ianya merebak juga hampir sama dengan virus demam selsema biasa.
Virus ini boleh berada didalam sehingga 7 hari sebelum simptom keluar. Simptom biasanya bermula dengan demam panas untuk 3 hari pertama. Selera makan berkurangan, sakit badan dan sendi. Bayi atau kanak-kanak yang dijangkiti akn menjadi kurang aktif. Muntah dan cirit birit adalah antara simptom yang merisaukan.
Kebiasaannya selepas 3 hari, ruam akan keluar pada tapak tangan, tapak kaki atau sekeliling mulut. Ruam ini berbeza dengan ruam lain kerana ianya berbentuk bulat dan kulit seakan-akan melepuh terkena air atau benda panas. Selain keluar pada tapak tangan, ruam ini juga boleh merebak pada lengan hingga ke siku. Begitu juga pada tapak kaki, ianya boleh merebak hingga ke paras lutut. Ulcer pada mulut juga akan keluar dan banyak dalam masa yang sama. Ruam ini kebiasaannya tidak kelihatan pada perut dan juga dada.
Masalah uatama yang perlu diberi perhatian ialah dehydrasi. Ini kerana bayi atau kanak-kanak tadi tidak mahu makan atau minum disebabkan oleh ulser dalam mulut. Ini ditambah lagi jika kanak-kanak tersebut mngalami muntah dan cirit birit. Pilihan yang ada kepada ibu bapa ialah dengan member ubat titis didalam mulut supaya sakit ketika menyusu, minum atau makan boleh dikurangkan. Selain dari itu, jika kanak-kanak tersebut boleh menggunakan sudu atau cawan untuk minum, cara ini lebih baik dari menghisap botol. Selain itu, picagari juga adalah antara kaedah lain untuk memberikan susu pada bayi anda.
Jika bayi atau kanak-kanak tersebut tidak mahu sekurang-kurangnya menyusus atau minum, muntah dan cirit birit, maka pesakit itu perlu dimasukkan kedalam wad untuk diberi rawatan cecair intravena. Ini adalah penting untuk mengurangkan risiko kematian atau dehidrasi. Tidak ada rawatan khas atau antivirus khas untuk jangkitan ini.
Virus ini secara terus tidak boleh menyebabkan kematian. Akan tetapi komplikasi dari jangkitan i ni meneyebabkan pesakit akan mengalami kematian. Anatara komplikasi yang jarang berlaku ialah jangkitan selaput otak dan jangkitan otak.
Biasanya pesakit akan sembuh dari jangkitan ini secara semulajadi. Virus ini menjangkiti bayi atau kanak-kanak tersebut kebiasaanya 5 ke 7 hari. Selepas itu, ruam dan juga ulser tersebut akan hilang dan keadaan beransur pulih sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment