Croup merupakan jangkitan virus yang melibatkan jangkitan
petisuara,trakea dan bronchus sekali gus. Jangkitan ini sering terlepas pandang
disebabkan simptom yang hamper sama dengan demam biasa atau pun asma. Jangkitan
croup ini berlaku terutamanya pada kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 5 ke 6
tahun.
Croup ini boleh disebabkan oleh beberapa jenis virus yang
berbeza. Antaranya ialah parainfleunza, influenza A, influenza B, RSV
(Respiratory Syncitical Virus) ataupun campak (measles). Mana-mana virus ini bila
menjangkiti kanak-kanak, ianya akan menyebabkan radang bermula dari peti suara
merebak kebawah melibatkan saluran trakea dan bronkus. Radang ini perlu dirawat
dengan sempurna untuk mengelakkan komplikasi jika radang tersebut merebak
Simptom Croup ini biasanya bermula dengan demam selsema
biasa. Akan tetapi ianya disertai dengan perubahan suara menjadi garau atau
kasar dan batuk yang kasar seolah-olah bunyi anjing menyalak (barking cough). Jika radang berlaku
dengan cepat dan merebak pantas, nafas berbunyi seoalah-olah kanak-kanak
tersebut bersiul dan akhirnya menyebabkan sesak nafas.
Jika simptom ini tidak dapat dikenal pasti, rawatan yang
betul tidak dapat diberikan. Ini meletakkan risiko untuk saluran menjadi sempit
dan kematian berlaku. Rawatan utama jangkitan Croup ini ialah denan memberi
nebulizer yang mengandungi steroid dan jika perlu suntikan ubat yang juga
mengandungi steroid untuk mengurangkan radang secara serta merta. Jika paras
oxygen dalam badan kanak-kanak amat rendah disebabkan oleh saluran pernafasan
yang sempit itu,maka bantuan oksigen mesti diberikan.
Tidak semua kes Croup perlu dimasukkan ke hospital. Akan
tetapi, rawatan awal perlu dikendalikan dihospital kerana tidak semua klinik
mempunyai nebulizer yang mengandungi ubat steroid. Selain itu, tidak semua
klinik juga mempunyai suntikan steroid. Oleh itu, jika ibubapa mengesyaki demam
atau batukl anak anda adalah luar biasa, terus bawa mereka ke Jabatan Kecemasan
di mana-mana hospital berdekatan.
Ujian darah dan X-ray boleh dilakukan untuk mengenal pasti
punca lain yang mungkin mempunyai simptom yang sama dengan Croup ini. Kebanyakan kes akan dirawat sebagai pesakit
luar jika keadaan stabil dan biasanya pulih sepenuhnya selepas 2 hari dan
kadang-kadang berlanjutan ke 7 hari. Kematian amat jarang berlaku disebabkan
oleh Croup ini.
No comments:
Post a Comment