Thursday, 8 October 2015

Bronchiolitis, Bronkiolitis

 
Article Date: 2 JUNE 2013
 
'Bukan Sekadar Demam Biasa'

Jangkitan demam selsema biasa pada kanak-kanak dibawah umur 2 tahun ada kalanya bukan sekadar demam biasa. Ianya mungkin jangkitan disebabkan oleh virus yang menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan dipanggil bronchioles. Jangkitan ini adalah radang pada kawasan tersebut dan ianya dipanggil Acute Bronchiolitis.  Radang ini disebabkan oleh virus dan kebiasaanya ialah Respiratory Syncytial Virus.
Simptom kebiasaannya bermula dengan selsema,batuk dan kadang-kadang disertai dengan demam. Batuk akan menjadi semakin teruk terutamanya pada lewat malam dan awal pagi. Selepas beberapa hari nafas bayi terutama dibawah 2 tahun semakin kencang dan berbunyi, seolah-olah menghidap asma. Selera makn semakin berkurangan dan kurang aktif.
Jika rawatan awal yang sesuai tidak diberikan, bayi akan mengalami sesak nafas. Mereka mula menggunakan otot leher untuk bernafas, hidung menjadi kembang kempis dan akhirnya kebiruan pada bibir dan tapak tangan dan kaki.
Acute Bronchiolitis ini seharusnya dapat dikesan oleh doktor yang merawat melalui pemeriksaan klinikal sahaja. Tiada ujian khas seperti x-ray dan darah untuk mengesahkan jangkitan ini.
Rawatan awal dan yang utama ialah dengan mengembangkan salur pernafasan yang radang tadi untuk meningkatkan paras oksigen dalam badan bayi. Ini dilakukan dengan memberikan nebulizer atau ‘gas’, sama sepeti pesakit asma. Jika paras oksigen dalam badan rendah, bantuan oksigen perlu diberikan.
Jika perlu, bayi tersebut perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan nebulizer berkala dan pemerhatian. Rawatan antibiotik adakalanya diberikan untuk mengelakkan jangkitan bakteria pada masa yang sama.
Adalah amat penting agar jangkitan ini dikenal pasti seawal mungkin. Ini untuk mengelakkasn sesak nafas akibat radang pada saluran bronchioles tersebut dan akhirnya kematian disebabkan kurang bekalan oksigen. Jika batuk bayi anda tidak berkurangan selepas rawatn pertama diberi, anda perlu membawa bayi tersebut untuk pemeriksaan semula terutama bayi dibawah 2 tahun.
Jangkitan ini dapat dicegah dengan mengurangkan penyebaran virus ini. Selalu membasuh tangan dan elakkan dari pergi ketempat awam yang terlalu ramai. Immunisasi bayi juga dapat ditingkatkan dengan pemberian susu ibu terutamnya pada 6 bulan yang pertama.
 
 

No comments:

Post a Comment