Pada mulanya sy meragui notis viral yg disebarkan dalam whatsapp. ini kerana isu tersebut disebarkan oleh sebuah klinik. pd pemikiran sy pd masa itu, mungkin ianya satu sabotaj oleh pihak tertentu terhadap produk tersebut.
Setelah berita ini keluar, ubat demam tersebut telah ditarik dari pasaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Diharap sesiapa yg menyimpan produk tersebut membuangnya dan tidak menggunakan atau menyalahgunakan.
Timbul beberapa persoalan disini terutamanya bagaimana ujian saringan yang dilakukan keatas ubat tersebut? Bagaimanakah ubat yg mengandungi alkohol boleh terlepas pandang? Siapakah yang menjadi kelulusan ubat tersebut dibenarkan berada di pasaran?
Kesan alkohol pd badan pesakit amatlah merbahaya, ianya bergantung kepada brp banyak kandungannya dalam ubat tersebut. ini terutamnya kesan kepada saraf termasuk otak, buah pinggang dan hati pesakit yg menggunakan ubat demm tersebut.
Di harap pihak kementerian kesihatan dpt menjalankan siasatan mendalam dan mengambil tindakan seeajarnya.Selain itu, mereka hendaklah menguatkan undang2 supaya perkara ini tidak berulang.
No comments:
Post a Comment