Tuesday, 13 October 2015

Rabies atau Anjing Gila

Article Date 11 October 2015












Setelah sekian lama penyakit anjing gila tidak dilaporkan di Malaysia. Ini disebabkan oleh mutu kawalan yang dijalankan oleh kementerian kesihatan menangani wabak ini. Wabak ini mucncul kembali disebabkan oleh anjing dari negara jiran terlepas ke Malaysia dan menyebarkan wabak ini. Kawalan penyakit anjing gila amatlah penting kerana kadar kematian yang sangat tinggi akibat jangkitan virus ini.


Anjing gila atau Rabies merupakan jangkitan yang disebabkan oleh virus yang dipanggil Lyssavirus. Virus ini menerang saraf dan juga otak manusia yang dijangkiti ,menyebabkan perubahan yang drastik berlaku kepada pesakit. Apabila memasuki badan pesakit, virus ini akan membiak dan bergerak dari tisu yang dijangkiti, memasuki saraf dan bergerak sepanjang saluran saraf menuju ke otak pesakit.


Virus ini menjangkiti manusia dari air liur anjing yang mengandungi virus ini. Apabila mangsa digigit oleh anjing ini, virus tersebut akan mula membiak pada bahagian luka pesakit. Setelah membiak dengan banyak, ianya mula bergerak ke otak melalui saraf. Selain itu, virus ini juga akan menuju ke kalenjar air lour dan membiak disana. Jangkitan dari manuisa ke manusia lain amtalah tidak berkemungkinan. Dalam kebanyakan kes, anjing yang menjadi pembawa.


Setelah digigt oleh anjing gila yang mempunyai virus penyakit Rabies ini, ianya mengambil masa selama sebulan hingga 3 bulan sebelum simptom awal muncul. Akan tetapi, ianya juga boleh berlaku seawal 4hari dan pernah dikenalpasti 6 tahun selepas digigit. Ianya bergantung kepada jumlah virus yang dipindahkan pada luka dan kawasan luka tersebut.


Simptom awal hampir sama dengan demam selsema biasa. Pesakit mengalami demam, dan juga kebas sekitar kawasan luka gigtan tersebut. Selepas dari itu, apabila kuman sampai ke saraf manusia, pesakit mengalami pergerakan anggota badan luar kawalan, gelisah, fobia pada air, lemah anggota badan atau lumpuh, keliru, cuak, gelisah, halusinasi dan akhirnya tidak sedarkan diri. Penghasilan air liur juga menjadi banyak dan pesakit sukar untuk menelan menyebabkan air liur menitis keluar dari mulut.


Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila seseoranr itu digigt oleh anjing yang berkemungkinan besar pembawa virus ini ialah dengan membasuh luka tersebut dengan air dan sabun. Luka perlu dibasuh sekurang-kurangnya selama 5 minit. Penggunaan antiseptik juga dapat membantu mengurangkan jumlah virus dari memasuki badan pesakit.


Suntikan vaksin atau immunisasi perlu diberikan serta merta atau selewat-lewatnya dalam masa 6 hari selepas digigit. Ini untuk mengurangkan risiko kematian disebabkan oleh virus ini. Keberkesanan rawatan ini hanya berlaku jika pesakit belum lagi mempunyai simptom rabies. Jika simptom telah ada, kadar penyembuhan amat tipis dan kadar kematian meningkat.


 


 

No comments:

Post a Comment