Thursday, 8 October 2015

Serangan Jantung, Heart Attack

Article Date 10 Feb 2013

Tidak semua sakit dada itu adalah sakit akibat serangan jantung. Terdapat pelbagai lagi sebab yang boleh menyebabkan sakit pada bahagian dada yang hampir sama simptomnya dengan serangan jantung. Kebiasaan sebab sakit dada ialah otot dan tulang rangka peparu dan hanya beberapa peratus kecil sahaja yang datang ke unit kecemasan dengan sakit dada merupakan serangan  jantung.
Serangan jantung yang ‘klasik’ ialah sakit dada dibahagian tengah atau kiri dada. Dan sakit ini bukanlah terasa ‘sakit’ akan tetapi  digambarkan seperti jantung ‘ditekan’ dan terasa berat pada bahagian tersebut. Ini disertai dengan kebas pada bahagian tangan kiri, dagu kiri terasa kebas, berpeluh, pening dan muntah. Kebiasaan orang yang terkena serangan jantung akan menunjukkan bahasa badan yang ‘klasik’ iaitu memegang kedua belah tangan pada bahagian dada kiri dan badan menunduk sedikit.

Untuk mengesahkan ‘sakit’ tersebut adalah serangan jantung atau bukan, 2 ujian penting yang perlu dijalankan. Yang pertama dipanngil electrocardiogram (ECG). Ujian ini dilakukan dimana beberapa wayar akan diletakkan pada dada dan juga 4 anggota badan. Ujian ini dapat membantu mengesahkan berlaku serangan dan lebih penting kemungkinan bahgaian jantung mana yang mengalami masalah. Ujian kedua ialah ujian darah. Semasa serangan jantung berlaku, sel-sel jantung itu sendiri tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi. Oleh itu, sel-sel jantung akan ‘cedera’ atau ‘mati’. Sel-sel ini akan merembeskan enzim yang boleh dapat dikenal pasti dengan ujian darah tersebut.

Jika simptom yang diberikan adalah ‘klasik’ serangan jantung dan ujian electrocardiogram (ECG) dan ujian darah memberikan tanda serangan jantung, rawatan segera akan diberikan dan bergantung pada jenis serangan jantung. Selain ubatan, prosedur dipanggil angiogram akan dijalankan, dimana lokasi tepat sumbatan pada salur darah jantung dapat dikenal pasti dan diatasi dengan menggunakan alat-alat tertentu. Jika rawatan dimulakan dalam masa 6 jam selepas bermulanya serangan jantung, peluang untuk pesakit terselamat lebih tinggi.
 
 

No comments:

Post a Comment