Tuesday, 13 October 2015

Sawan Demam @ Febrile Fit


Article Date: 6 January 2013


Sawan Demam





Sawan demam juga dikenali sebagai sawan kejang. Ianya di akibatkan oleh peningkatan suhu badan secara mendadak biasanya berlaku jika suhu melebihi 40° celcius. Hanya berlaku pada bayi berumur 3 bulan sehingga kanak-kanak berumur 6 tahun. Apa sahaja jangkitan dalam badan seperti demam selsema, cirit-birit, jangkitan telinga tengah dan jangkitan kencing kotor boleh menyebabkan sawan demam. Jangitan otak dan selaput otak juga boleh menjadi penyebab kepada sawan demam

Kebanyakan sawan demam ialah penyakit keturunan. Terutamanya jika ibu bapa dan adik beradik terdekat pernah mengalami sawan demam.

Simptom sawan demam bermula dengan kenaikan suhu badan mendadak terutama jika suhu sampai ke maksimum 40° celcius. Pada peringkat awal bayi akan tiba-tiba senyap, mata memandang ke atas, tangan dan kaki mula mengejang. Bila dipanggil pesakit tidak memberikan apa-apa response. Setelah itu akan mengalami goncangan kaki dan tangan. Biasanya disertai dengan muntah, mulut berbuih, terkencing dan terberak. Sawan ini biasanya akan berakhir kurang dari 15 minit, untuk jenis sawan demam yg biasa. Bagi sawan demam yang kompleks ianya melebihai 15 minit dan boleh berulang dari 1 episode ke episode lain tanpa berhenti.

Ketika sawan sedang berlaku, anda hendaklah tenang supaya dapat fokus dan dapat membantu bayi yang kekejangan tersebut. Letakkan bayi tersebut mengiring ke kiri. Ini supaya lendir atau muntah tidak bertakung dan mengghalang salur pernafasan. Jangan meletakkan apa-apa objek atau jari anda didalm mulut pesakit. Ini dapat mengelakkan dari salur pernafasan tersumbat atau mungkin jari anda boleh terputus jika digigit kuat oleh mereka. Jangan cuba menghalang atau menghentikan pergerakan anggota badan untuk mengelakkan tulang mereka patah atau berlaku dislokasi. Longgarkan pakaian pesakit. Jangan beri apa-apa ubat atau cecair pada ketika sawan berlaku. Bawa berjumpa doktor secepat mungkin agar rawatan susulan dapat diberi. Adalah amat penting terutama jika sawan berlaku untuk kali pertama supaya bayi tersebut mendapat rawatan lanjut di hospital. Ini supaya dapat mengenal pasti jika ada masalah lain yang menyebabkan sawan tersebut, terutamnya jangkitan selaput otak atau jangkitan otak.

Harus diingat bahawa sawan demam boleh berulang. 30-40% kes adalah berulang. Terutamnnya jika sawan berlaku pada bayi berumur kurang 15 bulan, keluarga terdekat mempunyai sejarah sawan atau sawan demam atau sawan berlaku pada suhu kurang dari 40° celcius. Oleh itu pencegahan dari sawan demam berlaku amatklah penting. Adalah lebih baik jika semua penjaga kepada bayi yang pernah mengalami sawan demam diberi sessi tunjuk ajar dan keterangan mengenai penyakit ini. Pada saya, mereka seharusnya memiliki thermometer dirumah untuk menyukat suhu anak mereka jika demam.  Jika suhu melebihi 38.5° celcius, ubat demam perlu dimasukkan kedalam lubang dubur dan anak itu boleh dilap dengan air paip atau dimandikan segera agar suhu tidak naik terus mendadak. Bagi yang jenis berulang pula ubat punggung untuk menghentikan sawan perlu ada dirumah untuk mengelakkan swan berlaku lebih dari 15minit dan boleh menjejaskan oksigen sampai ke otak dan seterusnya menjejaskan perkembangan bayi.


2 comments:

  1. Tq Doc atas perkongsian ilmu yang sangat berharga ini. Semoga Doc lebih berjaya dan dirahmati Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  2. Tq Doc atas perkongsian ilmu yang sangat berharga ini. Semoga Doc lebih berjaya dan dirahmati Allah sentiasa.

    ReplyDelete