Thursday, 8 October 2015

Serangan Asma, Bronchial Asthma

Article Date 31 March 2013
Lelah ataupun semput adalah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada penyakit yang dipanggil sebagai Asma. Asma merupakan kedaaan dimana radang pada lapisan saluran pernafasan manusia yang dipanggil bronkial menjadi terlalu aktif menghasilkan lendir dan seterusnya menyebabkan saluran bronkial itu menjadi sempit dan seterusnya tersumbat.
Asma terjadi disebabkan oleh dua faktor utama iatau genetik atau keturunan dan faktor persekitaran. Akan tetapi sebab yang sebenarnya adalam terlalu kompleks untuk difahami. Terdapat hampir 100 jenis gene yang  dikaitkan dengan penyakit Asma ini. Jika seseorang itu mempounyai sejarah keluarga Asma, maka risiko untuk mendapat asma adalah tinggi.
Persekitaran yang berhabuk dan cuaca sejuk boleh merangsang untuk terjadinya Asma. Persekitaran berhabuk seperti asap rokok, jerebu, kawasan perindustrian, kawasan perumahan yang sedang dibangunkan adalah contoh persekitaran yang boleh merangsang terjadinya Asma. Terdapat juga beberapa bahan dalam rumah seperti hama karpet, lipas, bulu haiwan, minyak wangi dan kulapuk atau kulat yang boleh merangsang Asma untuk berlaku.
Selain dari itu, ada juga ubat seperti aspirin, ubat tahan sakit atau ubat darah tinggi (Beta-blocker) yang tidak sesuai diberikan kepada penghidap Asma. Ubat-ubat ini perlu dielakkan untuk megelakkan dari serangan Asma berlaku. Ada juga pesakit yang mendapat serangan Asma disebabkan oleh makanan yang boleh menyebabkan berlakunya alahan dan seterusnya merangsang Asma berlaku. Antaranya ialah kekacang dan juga makanan laut.
Cuaca juga memainkan peranan penting untuk pesakit Asma. Cuaca yang terlalu sejuk dan juga bilik berhawa dingin tidak sesuai untuk pesakit Asma. Selain dari itu aktiviti yang terlalu lasak atau sukan seperti senaman adakalanya boleh menyebabkan berlakunya serangan Asma. Ada juga pesakit yang boleh mendapat serangan disebabkan oleh stress atau tekanan seperti di rumah ataupun di tempat kerja.
Tanda-tanda awal serangan asma biasanya bermula dengan demam selsema, kemudiannya disertai dengan batuk berkahak terutamanya pada waktu malam dan awal pagi. Jika tidak dirawat, sesak nafas, nafas menjadi sempit dan akhirnya bunyi seperti bersiul yang dipanggil wheezing akan kedengaran. Pada masa itu, rawatan nebulizer perlu diberikan segera.
Ada kalanya pesakit atau keluarga pesakit tidak menghiraukan simptom awal tersebut, terutamanya jika ianya berlaku lewat malam. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi semakin sempit. Tanda-tanda menunjukkan keadaan menjadi teruk ialah bibir dan jari menjadi kebiruan, penggunaan otot leher untuk bernafas dan pesakit menjadi mencungap sehingga tidak dapat menghabiskan perkataan bila bercakap. Akhirnya ianya boleh menyebabkan koma atau kematian.
Rawatan awal adalah penting iaitu denagn memberikan ubat melalui topeng dipanggil nebulizer. Ianya boleh dilakukan di klinik. Akan tetapi, jika kedaan menjadi semakin teruk atau pemberian nebulizer gagal melegakan pernafasan, eloklah pesakit di rawat di wad kecemasan ataupun dimasukkan ke hospital.
Ada pesakit akan diberikan pam yang dipanggil inhaler untuk digunakan di rumah. Terdapat dua jenis inhaler iaiutu untuk mencegah berlakunya Asma, dimana pesakit perlu mengambil untuk beberapa bulan yang ditentukan oleh pakar. Satu jenis inhaler lain ialah untuk merawat pada ketika serangan berlaku dirumah sebelum pesakit pergi mendapatkan rawatan. Akan tetapi, jika inhaler tersebut telah digunakan sebanyak 2 kitaran dalam masa terdekat, maka pesakit perlu mendapatkan rawatan lanjut dan tidak boleh menggunakan inhaler pada masa tersebut.
Apa yang penting untuk pesakit Asma ialah mengenal pasti simptom awal dan mendapatkan rawatan awal. Selain itu, pesakit digalakkan mengenal pasti punca-punca yang boleh merangsang berlakunya Asma dan perlu mengelakkan punca tersebut. Penggunaan ubat berkala yang diarahkan oleh doktor pakar amatlah penting untuk mengurangkan kjekerapan serangan dan akhirnya Asma tersebut dapat dibendung dan tidak berulang lagi.  Penyakit Asma ini tidak boleh sembuh, akan tetapi, ianya boleh di kawal

No comments:

Post a Comment