Tuesday, 20 October 2015

Epistaxis atau Hidung Berdarah




Hidung berdarah atau  epistaxis adalah antara perkara yang amat merisaukan kepada pesakit dan kepada penjaga terutama juka terjadi kepada kanak-kanak dan secara spontan tanpa sebab yang khusus. Kebanyakan ibu bapa yang membawa anak mereka terlalu cemas sehinggakan perkara utama iaitu menghentikan pendarahan tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Pendarahan hidung secara spontan adalah perkara biasa dan kebanyakannya boleh dirawat dan dihentikan dirumah. Keadaan ini kebiasannya disebabkan oleh demam selsema, luka ketika mengeluarkan najis hidung dengan jari atau terdedah kepada cuaca panas dan kering dalam jangkamasa yang lama. Akan tetapi, terdapat banyak sebab lain yang boleh menybabkan hidung berdarah.
Pendarahan spontan yang biasa ini disebabkan oleh salur darah kecil ‘pecah’ dan kebiasannya disebabkan oleh pengembangan mukosa dalam rongga hidung yang bengkak ketika demam selsema. Salur darah ini terletak pada batang hidung kita iaitu pada bahagian tulang hidung.
90% dari kanak-kanak berusia 2 hingga 10 tahun yang mengalami pendarahan hidung adalah biasa dan bukannya perkara yang serius boleh menyebabkan mudarat. Apa yang penjaga perlu lakukan ketika pendarahan spontan berlaku ialah tenangkan diri (anda dan anak anda), dudukkan anak anda bersandar dan kepala tunduk sedikit untuk memastikan darah menitis ke luar dan tidak ditelan. Dapatkan ais dan letakkan pada batang hidung anak anda. Jangan letak pada lubang hidung kerana boleh mengganggu pernafasan dan kebiasaannya salur darah yang ‘pecah’ terletak pada kawasan batang hidung tersebut. Suruh anak anda bernafas seperti biasa.
Kebiasaannya pendarahan ini akan berhenti selepas beberapa minit sahaja. Bawa anak anda berjumpa doktor untuk memastikan pendarahan spontan itu hanyalah keadaan biasa dan bukannya disebabkan oleh factor lain. Jika pendarahan tidak berhenti, segera ke hospital untuk diberi rawatan selanjutnya dan mencari punca lain yang boleh dikenalpasti oleh pakar ENT (telinga, hidung, kerongkong) melalui prosedur endoscopy.

No comments:

Post a Comment