Tuesday, 3 November 2015

appendicitis or appendisitis





Article Date 17 Mac 2013
Appendicitis ialah radang yang berlaku pada appendik usus. Pada sisi lapisan usus besar sebelah kanan kita, terdapat lebihan mukosa yang di panggil appendik. Bila bahagian ini ‘tersumbat’, ia mengakibatkan berlakunya radang. Radang ini menyebabkan berlakunya simptom seperti sakit teruk pada bahagian bawah sebelah kanan  abdomen (perut) atau tempat di atas pangkal peha kanan, demam, cirit-birit dan muntah.
Selain dari appendicitis ini, terdapat beberapa sebab lain yang boleh menyebabkan sakit pada bahagian bawah sebelah kanan tersebut. Antara sebab lain ialah kencing kotor, batu karang dan juga bengkak pada kilang telur wanita (cyst ovary).  Hampir kesemua keadaan ini boleh menyebabkan sakit yang menyerang secara tiba-tiba.
Kebiasaannya,  simptom lain bagi kencing kotor atau jangkitan pundi kencing ialah pedih ketika membuang air kecil dan terdapat keputihan pada air kencing tersebut. Bagi batu karang pula, kebiasaanya terdapat darah atau kencing tersekat-sekat dan terdapat hablur kecil seperti pasir. Bagi cyst pada ovary wanita pula, kebiasaanya haid wanita tersebut menjadi tidak menentu beberapa bulan sebelum sakit itu datang.
Untuk mengesahkan sakit itu disebabkan oleh appendicitis atau tidak, beberapa ujian perlu dijalankan. Ujian darah, sampel air kencing dan ultrasonografi atau scan pada perut dilakukan. Akan tetapi, tidak semua kes dapat disahkan  dengan tepay melalui  ketiga-tiga ujian ini. Jika radang berlaku pada peringkat terlalu awal, iaitu pada hari sakit itu mula berlaku, kemungkinan besar semua ujian ini adalah normal. Akan tetapi selepas hari pertama, baru dapat disahkan dengan ujian tersebut.
Kesemua kes appendicitis ini perlu dibedah dan appendik yang radang dan mempunyai jangkitan kuman tersebut perlu dibuang. Jika tidak dibuang, ianya akan menyebabkan menyebabkan usus pecah dan jangkitan dana nanah akan terbentuk  mengakibatkan pembedahan lebih sukar beserta komplikasi semakin tinggi. Setelah dibuang, appendik ini tidak akan tumbuh semula, oleh iti pesakit tidak akan dijangkiti appendicitis lagi.

No comments:

Post a Comment