Tuesday, 22 December 2015

thlassemia


Article Date:- 29 Mac 2015

Thallassemia


Lebih 90% darah merah diwakili oleh bahagian protein dipanggil haemoglobin. Hemoglobin ini berfungsi untuk megikat oksigen dan membawa oksigen dari paru-paru ke bahagian tisu badan lain. Hemoglobin ini dibentuk oleh dua jenis protein iaitu alfa dan beta. 2 protein dari alfa dan juga 2 protein dari beta diperlukan untuk membentuk Hemoglobin ini.
Kekurangan protein yang menghasilkan hemoglobin yang membentuk darah merah ini dipanggil Thalessemia, sejenis masalah yang mangakibatkan kekurangan darah merah.  Terdapat 2 jenis Thalessemia yang biasa dihidapi pesakit rantau ini, iaitu Thalassemia Alfa dan juga Thalassemia Beta. Ianya bergantung kepada protein jenis mana yang kurang dalam badan untuk membentuk Hemoglobin pengidap Thalassemia.
Kebanyakan penghidap Thalassemia tidak mempunyai apa-apa simptom. Ini kerana walaupun mereka menghidap Thalassemia, jumlah darah merah mereka sentiasa cukup menyebabkan mereka tidak dapat dikesan mempunyai masalah ini. Dalam kebanyakan kes, penghidap hanya mengenal pasti atau mengetahui mereka menghidap Thalassemia ketika menjalani ujian pemeriksaan kesihatan.
Simptom pengidap Thalassemia berlaku jika darah merah pesakit menjadi rendah seperti ketika datang bulan ataupun pendarahan. Anatara simptomnya ialah keletihan, sesak nafas, jantung berdebar, berpeluh, loya dan juga pening. Pesakit juga boleh mempunyai simptom akibat dari hati dan juga limfa yang membengkak disebabkan oleh masalah Thalassemia ini yang berlaku sejak lahir seperti mudah terdedah kepada jangkitan.
Penghidap Thalassemia juga berkemungkinan untuk mempunyai tulang yang rapuh dan senang patah. Ini terutaamanya bagi penghidap yang mempunyai tahap darah merah yang rendah dalam jangka masa yang panjang dan tidak mendapatkan rawatan. Struktur tulang menjadi tidak normal disebabkan sum-sum tulang yang melebar. Ini terjadi disebabkan oleh badan pesakit cuba untuk menghasilkan darah merah yang banyak dari sum-sum tulang, walaupun jumlah protein yang diperlukan untuk menghasilkannya kurang.
 Ujian paling mudah untuk mengenalpasti seseoarang itu menghidap Thalassemia ialah degan melakukan ujian darah. Ujian darah khas ini dapat mengesahkan status seseoarang itu. Ianya boleh dilakukan dimakmal darah ataupun mana-mana klnik dan juga hospital. Ujian itu juga dapat menentukan tahap darah merah seseorang pesakit itu untuk tindakan lanjut.
Bagi kebanyakan penghidap Thalassemia, tidak semua pesakit memerlukan rawatan. Pada hakikatnya tiada rawatan khas untuk mereke disebabkan oleh penyakit ini adalah disebabkan oleh keturunan. Pemberian transfuse darah bergantung kepada tahap darah merah dan juga simptom pesakit. Ini kerana risiko kekerapan trasnfusi darah dan juga pengumpulan zat besi pada organ badan akibat transfuse darah yang kerap perlu dipertimbangkan.
Antara rawatan yang boleh dipertimbangkan oleh pesakit dan keluarga ialah dengan transplan sum-sum tulang jika ada penderma yang sesuai untuk pnghidap Thalassemia. Risiko kejayan dan komplkasi perlu dibincangkan dengan jelas sebelum transplant dilakukan.
Bagi penghidap Thalassemia ini, adalah dinasihatkan supaya menjalankan ujian saringan keatas pasangan mereka juga. Ini kerana untuk mengelakkan dan mengurangkan jumlah penghidap Thalassemia. Jika kedua-dua pasangan adalah pembawa Thalassemia, 25% peluang untuk bayi mereka menghidap Thalassemia.

Sunday, 8 November 2015

Slipped Disc


Article Date:- 15 Dicember 2013




Sakit belakang badan terutamanya pada bahagian tengkok atau dibahagian pinggang adalah perkara biasa, terutamanya pada individu yang aktif dan sibuk bekerja. Akan tetapi, ada juga masalah sakit tersebut yang disebabkan oleh masalah yang serius dan memjika erlukan rawatan lanjut dan berkemungkinan pembedahan.
Tulang belakang manusia bukanlah merupakan tulang yang berterusan memanjang dari leher ke pinggang, akan tetapi ianya terdiri dari tulang-tulang berbentuk kiub. Tulang-tulang ini disusun bertingkat antara satu sama lain dan terdapat cakera lembut diantara tulan-tulang tersebut yang bertujuan untuk menyerap tekanan antara tulang atas dan tulang dibawahnya. Di bahagian belakang tulang belakang ini pul;a terletaknya saraf tunjang manusia.
Cakera ini melekat kuat pada tulang belakang. Ianya dipegang oleh ligament pada tulang belakang supaya kekal pada kedudukannya. Akan tetapi, ianya boleh ‘bergerak’ atau terbonjol ke belakang  dalam keadaan tertentu dan seterusnya boleh menyebabkan saraf tunjang terhimpit dan mengakibatkan komplikasi yang tidak diingini. Keadaan ini biasanya dipanggil ‘slipped disc’ .
Keadaan slipped disc ini berlaku terutamanya pada usia 30-40an. Ianya terutamanya melibatkan lelaki. Kebanyakan kes berlaku pada tulang belakang pada bahagian pinggang, selebihnya boleh berlaku pada bahagian tengkuk.   
Simptom awal masalah ini ialah sakit belakang yang biasanya dirawat sebagai sakit urat. Akan tetapi, sakit ini berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun ubat tahan sakit telah diambil. Jika cakera ini tergelincir atau terbonjol jauh kebelakang, ianya akan menyebabkan saraf tunjang terganggu. Simptom seperti kebas pada anggota tangan atau kaki berlaku. Cetusan rasa sperti renjatan elektrik boleh berlaku.
Lebih teruk lagi, cakera ini boleh terus menghimpit saraf tunjang dan boleh menyebabkan komplikasi seperti lumpuh, tidak berjaya mengawal pundi kencing , gagal mengawal saluran dubur dan boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki. 
Pemeriksaan klinikal diklinik atau dibilik rawatan boleh menentukan kemengkinan besar seseorang pesakit itu mengalami slipped disc atau tidak. Ujian x-ray biasanya tidak dapat mengesahkan masalah ini keranma x-ray hanya dapat melihat tulang sahaja dan bukannya cakera tersebut. Oleh itu, ujian terbaik ialah dengan melakukan MRI (magnetic resonance imaging) pada bahagian tertentu tulang belakang. Melalui ujian ini, cakera yang terbonjol dapat dilihat dan pakar boleh mengenalpasti sejauh mana saraf pesakit telah terhimpit oleh cakera itu.
Rawatan bagi pesakit yang mengalami slipped disc ini bergantung kepada simptom dan komplikasi pada saraf tunjang pesakit. Hampir 80% pesakit tidak perlukan pembedahan. Ubat tahan sakit, korset tulang belakang dan fisioterapi merupakan rawatan awal. Suntikan pada lokasi berlakunya masalah tersebut boleh diberikan jika sakit tidak terkawal. Jika komplikasi pada saraf telah berlaku, maka pembedahan tidak dapat dielakkan.
Selain rawatan, penjagaan mekanik badan amatlah penting. Ini untuk mengelakkan cakera tersebut terbonjol lebih jauh dan mengakibatkan cacat kekal berlaku. Pesakit juga perlu mengurangkan tekanan kepada bahagian tulang belakang dengan mengurangkan mengangkat benda berat dan mengurangkan aktiviti lasak. Terdapat senaman khas yang boleh dilakukan oleh pesakit bagi membantu mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko komplikasi.

Tuesday, 3 November 2015

appendicitis or appendisitis





Article Date 17 Mac 2013
Appendicitis ialah radang yang berlaku pada appendik usus. Pada sisi lapisan usus besar sebelah kanan kita, terdapat lebihan mukosa yang di panggil appendik. Bila bahagian ini ‘tersumbat’, ia mengakibatkan berlakunya radang. Radang ini menyebabkan berlakunya simptom seperti sakit teruk pada bahagian bawah sebelah kanan  abdomen (perut) atau tempat di atas pangkal peha kanan, demam, cirit-birit dan muntah.
Selain dari appendicitis ini, terdapat beberapa sebab lain yang boleh menyebabkan sakit pada bahagian bawah sebelah kanan tersebut. Antara sebab lain ialah kencing kotor, batu karang dan juga bengkak pada kilang telur wanita (cyst ovary).  Hampir kesemua keadaan ini boleh menyebabkan sakit yang menyerang secara tiba-tiba.
Kebiasaannya,  simptom lain bagi kencing kotor atau jangkitan pundi kencing ialah pedih ketika membuang air kecil dan terdapat keputihan pada air kencing tersebut. Bagi batu karang pula, kebiasaanya terdapat darah atau kencing tersekat-sekat dan terdapat hablur kecil seperti pasir. Bagi cyst pada ovary wanita pula, kebiasaanya haid wanita tersebut menjadi tidak menentu beberapa bulan sebelum sakit itu datang.
Untuk mengesahkan sakit itu disebabkan oleh appendicitis atau tidak, beberapa ujian perlu dijalankan. Ujian darah, sampel air kencing dan ultrasonografi atau scan pada perut dilakukan. Akan tetapi, tidak semua kes dapat disahkan  dengan tepay melalui  ketiga-tiga ujian ini. Jika radang berlaku pada peringkat terlalu awal, iaitu pada hari sakit itu mula berlaku, kemungkinan besar semua ujian ini adalah normal. Akan tetapi selepas hari pertama, baru dapat disahkan dengan ujian tersebut.
Kesemua kes appendicitis ini perlu dibedah dan appendik yang radang dan mempunyai jangkitan kuman tersebut perlu dibuang. Jika tidak dibuang, ianya akan menyebabkan menyebabkan usus pecah dan jangkitan dana nanah akan terbentuk  mengakibatkan pembedahan lebih sukar beserta komplikasi semakin tinggi. Setelah dibuang, appendik ini tidak akan tumbuh semula, oleh iti pesakit tidak akan dijangkiti appendicitis lagi.

Rotaviral atau Rotavirus




Article Date:- 10 Mac 2013

Akhir-akhir ini terdapat peningkatan kes pesakit kanak-kanak yang datang berjumpa doktor disebabkan oleh muntah dan cirit-birit. Cirit birit yang disebabkan oleh jangkitan kuman lain biasanya tidak lama dan tidak seteruk jangkitan yang disebabkan oleh Rotavirus. Virus  ini adalah penyumbang paling banyak kematian kanak-kanak seluruh dunia yang menghidapi cirit-birit . Ianya menjangkiti individu lain melalui najis ke mulut. Contohnya permukaan atau tangan individu yang dicemari najis mengandungi virus tersebut dan individu tadi memegang kanak-kanak lain.

Berbeza dengan jangkitan usus biasa, simptom lain jangkitan Rotaviral ialah demam selain cirit-birit dan muntah. Jangkitan kuman biasa jarang disertai dengan demam. Cirit birit juga berlaku dengan lebih kerap berbanding jangkitan biasa dan berterusan 3 ke 4 hari lamanya. Jangkitan ini dapat disahkan dengan pengambilan sampel najis kanak-kanak yang dijangkiti.

Kekerapan cirit birit beserta demam mengakibatkan berlaku dehydrasi yang teruk disebabkan kehilangan cecair badan yang banyak  beserta dengan kurangnya selera makan oleh kanak-kanak tersebut. Dehydrasi yang teruk inilah yang mengakibatkan kematian kanak-kanak terutamanya di bawah umur 5 tahun
Rawatan utama untuk jangkitan Rotavirus ini adalah sama dengan mana-mana jangkitan usus yang lain, iaiutu dengan memberi cecair intravena untuk menggantikan cecair badan yang hilang disebabkan dehydrasi yang teruk. Oleh itu, disarankan kepada ibubapa segera membawa anak anda jika ,mendapati muntah dan cirit-birit semakin teruk selepas ke klinik dan juga selera makan dan minum anak anda berkurangan. Rawatan segera penting untuk mengelakkan dehydrasi yang teruk dan dapat mengurangkan risiko kematian akibat dehydrasi

Di Malaysia juga sudah ada vaksin yang boleh diberikan kepada kanak-kanak untuk mengelakkan terkena atau mengurangkan simptom jangkitan Rotavirus. Vaksin ini masih belum diwajibkan, oleh itu ianya boleh didapati di klinik dan hospital swasta. Pengambilan 2 dos vaksin ini diberikan seawall umur 2 bulan sehingga 2 tahun.

Tuesday, 20 October 2015

Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut, Hand Foot and Mouth Disease


Article date 23 june 2013



Penyakit tangan kaki dan mulut atau Hand Foot and Mouth Disesase (HFMD) biasa menjangkiti kanak-kanak terutamanya dibawah usia 7 tahun. Sama dengan demam virus yang lainnya, ianya tidak merbahaya dan mudah menjangkiti anatara kanak-kanak terutamnya yang tinggal di pusat jagaan dan tadika atau taska.
Kebiasaan penyakit ini disebabkan oleh jangkitan 2 virus utama iaitu virus Coxsackie A atau Enterovirus 71. Kuman ini merebak antara satu individu kepada individu lain melalui air liur, pernafasan atau najis yang tercemar dengan virus ini. Cara ianya merebak juga hampir sama dengan virus demam selsema biasa.
Virus ini boleh berada didalam sehingga 7 hari sebelum simptom keluar. Simptom biasanya bermula dengan demam panas untuk 3 hari pertama. Selera makan berkurangan, sakit badan dan sendi. Bayi atau kanak-kanak yang dijangkiti akn menjadi kurang aktif. Muntah dan cirit birit adalah antara simptom yang merisaukan.
Kebiasaannya selepas 3 hari, ruam akan keluar pada tapak tangan, tapak kaki atau sekeliling mulut. Ruam ini berbeza dengan ruam lain kerana ianya berbentuk bulat dan kulit seakan-akan melepuh terkena air atau benda panas. Selain keluar pada tapak tangan, ruam ini juga boleh merebak pada lengan hingga ke siku. Begitu juga pada tapak kaki, ianya boleh merebak hingga ke paras lutut. Ulcer pada mulut juga akan keluar dan banyak dalam masa yang sama. Ruam ini kebiasaannya tidak kelihatan pada perut dan juga dada.
Masalah uatama yang perlu diberi perhatian ialah dehydrasi. Ini kerana bayi atau kanak-kanak tadi tidak mahu makan atau minum disebabkan oleh ulser dalam mulut. Ini ditambah lagi jika kanak-kanak tersebut mngalami muntah dan cirit birit. Pilihan yang ada kepada ibu bapa ialah dengan member ubat titis didalam mulut supaya sakit ketika menyusu, minum atau makan boleh dikurangkan. Selain dari itu, jika kanak-kanak tersebut boleh menggunakan sudu atau cawan untuk minum, cara ini lebih baik dari menghisap botol. Selain itu, picagari juga adalah antara kaedah lain untuk memberikan susu pada bayi anda.
Jika bayi atau kanak-kanak tersebut tidak mahu sekurang-kurangnya menyusus atau minum, muntah dan cirit birit, maka pesakit itu perlu dimasukkan kedalam wad untuk diberi rawatan cecair intravena. Ini adalah penting untuk mengurangkan risiko kematian atau dehidrasi. Tidak ada rawatan khas atau antivirus khas untuk jangkitan ini.
Virus ini secara terus tidak boleh menyebabkan kematian. Akan tetapi komplikasi dari jangkitan i ni meneyebabkan pesakit akan mengalami kematian. Anatara komplikasi yang jarang berlaku ialah jangkitan selaput otak dan jangkitan otak.
Biasanya pesakit akan sembuh dari jangkitan ini secara semulajadi. Virus ini menjangkiti bayi atau kanak-kanak tersebut kebiasaanya 5 ke 7 hari. Selepas itu, ruam dan juga ulser tersebut akan hilang dan keadaan beransur pulih sepenuhnya.