Article date 23 june 2013
Penyakit tangan kaki dan mulut atau Hand Foot and Mouth Disesase (HFMD) biasa menjangkiti kanak-kanak terutamanya dibawah usia 7 tahun. Sama dengan demam virus yang lainnya, ianya tidak merbahaya dan mudah menjangkiti anatara kanak-kanak terutamnya yang tinggal di pusat jagaan dan tadika atau taska.
Kebiasaan penyakit ini disebabkan oleh jangkitan 2 virus
utama iaitu virus Coxsackie A atau Enterovirus 71. Kuman ini merebak antara
satu individu kepada individu lain melalui air liur, pernafasan atau najis yang
tercemar dengan virus ini. Cara ianya merebak juga hampir sama dengan virus
demam selsema biasa.
Virus ini boleh berada didalam sehingga 7 hari sebelum
simptom keluar. Simptom biasanya bermula dengan demam panas untuk 3 hari
pertama. Selera makan berkurangan, sakit badan dan sendi. Bayi atau kanak-kanak
yang dijangkiti akn menjadi kurang aktif. Muntah dan cirit birit adalah antara
simptom yang merisaukan.
Kebiasaannya selepas 3 hari, ruam akan keluar pada tapak
tangan, tapak kaki atau sekeliling mulut. Ruam ini berbeza dengan ruam lain
kerana ianya berbentuk bulat dan kulit seakan-akan melepuh terkena air atau
benda panas. Selain keluar pada tapak tangan, ruam ini juga boleh merebak pada
lengan hingga ke siku. Begitu juga pada tapak kaki, ianya boleh merebak hingga
ke paras lutut. Ulcer pada mulut juga akan keluar dan banyak dalam masa yang
sama. Ruam ini kebiasaannya tidak kelihatan pada perut dan juga dada.
Masalah uatama yang perlu diberi perhatian ialah dehydrasi.
Ini kerana bayi atau kanak-kanak tadi tidak mahu makan atau minum disebabkan
oleh ulser dalam mulut. Ini ditambah lagi jika kanak-kanak tersebut mngalami
muntah dan cirit birit. Pilihan yang ada kepada ibu bapa ialah dengan member
ubat titis didalam mulut supaya sakit ketika menyusu, minum atau makan boleh
dikurangkan. Selain dari itu, jika kanak-kanak tersebut boleh menggunakan sudu
atau cawan untuk minum, cara ini lebih baik dari menghisap botol. Selain itu,
picagari juga adalah antara kaedah lain untuk memberikan susu pada bayi anda.
Jika bayi atau kanak-kanak tersebut tidak mahu
sekurang-kurangnya menyusus atau minum, muntah dan cirit birit, maka pesakit
itu perlu dimasukkan kedalam wad untuk diberi rawatan cecair intravena. Ini
adalah penting untuk mengurangkan risiko kematian atau dehidrasi. Tidak ada
rawatan khas atau antivirus khas untuk jangkitan ini.
Virus ini secara terus tidak boleh menyebabkan kematian.
Akan tetapi komplikasi dari jangkitan i ni meneyebabkan pesakit akan mengalami
kematian. Anatara komplikasi yang jarang berlaku ialah jangkitan selaput otak
dan jangkitan otak.